awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas cadang bentuk kerajaan perpaduan di Perak

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
11/05/2018
10:37 MYT
Pas cadang bentuk kerajaan perpaduan di Perak
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mencadangkan untuk bentuk Kerajaan Perpaduan bagi menerajui negeri Perak. -Foto Bernama
Selepas konflik pembentukan kerajaan negeri Perak, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menawarkan idea kerajaan perpaduan iaitu gabungan ketiga-tiga parti antara Pas, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bagi menerajui negeri tersebut.
Hal ini dinyatakan menerusi satu kenyataan media oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di akaun Facebooknya hari ini.
“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.
“Pas menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (kerajaan tanpa pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (Pas, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam,” kata Abdul Hadi.
TONTON: PAS cadangan Kerajaan Perpaduan di Perak
Selain itu, Pas turut meletakkan syarat bahawa exco kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam sekiranya kerajaan perpaduan diterima oleh PH dan BN.
BACA: Setuju kerajaan campuran tapi ikut syarat Pas
Terdahulu, kedudukan kerusi DUN Perak ketika ini memihak kepada Pakatan Harapan dengan 29 kerusi manakala BN 27 kerusi dan PAS tiga kerusi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#PAS
#Pas Pusat
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan