awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS dan UMNO perlu bekerjasama secepat mungkin - Dr Asri

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2015
01:14 MYT
PAS dan UMNO perlu bekerjasama secepat mungkin - Dr Asri
PAS dan UMNO perlu bekerjasama secepat mungkin - Dr Asri
Kerjasama antara PAS dan UMNO perlu dilaksanakan secepat mungkin dan merupakan suruhan agama jika ia satu usaha yang membawa ke arah kebaikan, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Dr Asri berkata, setelah sekian lama PAS berjuang di luar untuk membaiki politik UMNO, parti Islam itu boleh mencuba pula dalam satu kerajaan.
"Kerjasama bukan bermaksud menghapuskan identiti tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering 'pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran' seperti arahan dalam Surah al-Asr," tulis beliau di laman Facebook peribadinya hari ini.
fb dr maza
fb dr maza
Posting Dr Asri yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya awal hari ini
Katanya, ruang untuk persaingan politik dengan idea-idea baru akan muncul lebih subur jika PAS dan UMNO membentuk kerjasama.
"Di pihak kerajaan akan terasa saingan dalaman yang baru. Di pihak pembangkang akan membuka ruang kepada platform baru politik menggantikan tempat PAS. Moga ia baik untuk negara di sudut 'politik idea'," tulis beliau lagi.
Beliau juga berpendapat, selama ini terdapat banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu.
"Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama. Golongan muslim yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siyasah dengan hilangnya bayangan Islam PAS yang selama ini dilihat pelbagai versi," katanya lagi.
Dr Asri berkata, kerjasama PAS dan UMNO itu boleh dijadikan sebagai medan rakyat menguji kejujuran politik antara kedua parti Melayu-Islam itu dan penilaian secara matang dapat dilakukan.
Topic Berkaitan
#Dr Asri Zainul Abidin
#kerjasama
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan