awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO

Bernama
Bernama
15/09/2018
21:01 MYT
Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau (gambar) mengingatkan anggota Pas supaya sentiasa berhati-hati dengan 'persahabatan' dengan UMNO, MCA dan MIC ketika ini agar tidak bertindak membela pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah. --fotoBERNAMA
Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak mengabaikan peranan mereka meskipun kini rapat dengan UMNO.
Wakil DHPP, Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan Pas di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.
"Sekarang (Pas) sedang berbaik-baik dengan UMNO, MCA dan MIC. Ingat, sebab apa UMNO rebah.. sebab ada pemimpinnya tidak amanah," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Pas sempena Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini, pada Sabtu.
Lau juga menarik perhatian perwakilan apabila mengingatkan anggota Pas supaya sentiasa berhati-hati dengan 'persahabatan' dengan UMNO, MCA dan MIC ketika ini agar tidak bertindak membela pemimpin mereka yang terlibat dengan rasuah.
"Kawan tetap kawan tetapi salah tetap salah. Sekiranya ada antara mereka menerima hukuman akibat rasuah, kita jangan simpati dengan mereka kerana perbuatan itu memang salah," katanya.
Mengenai strategi menarik sokongan golongan Cina, Lau berkata Pas perlu mengambil hati mereka melalui pendidikan.
"Orang Cina ini memang ambil berat soal pendidikan. Jadi saya harap pemimpin Pas sentiasa cermat dalam membuat kenyataan, jangan sesekali ada kenyataan Pas hendak tutup sekolah Cina apabila berkuasa nanti walaupun dengan nada bergurau.
"Di Kelantan, orang Melayu berlumba-lumba hantar anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar Bahasa Mandarin, malah sebahagian besar mereka memang mudah dapat kerja," katanya.
Sementara itu, perwakilan dari Terengganu, Sharizulkarnain Abd Kadir berkata lidah rasmi Pas, Harakah semakin hari tidak mendapat sambutan dan perlu ditambah baik untuk lebih diminati pembaca kelak.
"Di kemudian hari nanti, apabila selesai ditambah baik, kita harap ia akan menjadi satu bahan yang boleh disebar dan diterima masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita politik
#bukan Melayu
#Dewan Himpunan Penyokong PAS
#DHPP
#Harakah
#kerjasama
#Muktamar Pas
#PAS
#pemimpin
#pengundi
#perwakilan
#pilihan raya
#Rasuah
#sekolah Cina
#ucapan dasar presiden
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan