awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Johor bakal tanding 17 kerusi Parlimen, 40 DUN

Bernama
Bernama
03/06/2017
13:51 MYT
Pas Johor bakal tanding 17 kerusi Parlimen, 40 DUN
Abdullah menjawab pertanyaan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Johor di Pejabat Pas Negeri Johor, Bandar Baru Uda hari ini. - Bernama
Pas akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin berkata pihaknya sudah mengenal pasti kesemua kerusi berkenaan, namun, nama-nama kerusi terbabit belum boleh didedahkan buat masa ini.
"Kita (Pas) telah buat perbincangan dalam hadapi PRU kali ini iaitu memutuskan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di negeri ini berbanding lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU lepas.
"Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Johor di sini, hari ini.
Abdullah yang juga anggota DUN Puteri Wangsa berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi PRU dengan persiapan maksimum dan hanya menunggu ''wisel'' dibunyikan.
"Walaupun Pas dalam keadaan bersendirian dan tidak bekerjasama dengan parti lain, ia tidak bermakna kita (Pas) akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Johor kerana kita ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN
#Johor
#Parlimen
#PAS
#pilihan raya umum
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan