awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Kedah sedia bentuk kerajaan campuran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/05/2018
23:15 MYT
Pas Kedah sedia bentuk kerajaan campuran
AHMAD FAKHRUDDIN: Kita bersedia dalam apa saja posisi di peringkat negeri. Kalau jadi pembangkang, pembangkang yang kuat dalam membentuk kerajaan. - Gambar fail
Pas Kedah tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di Kedah.
Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada arahan daripada kepimpinan Pas Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.
"Pada ketika ini, kita akan menunggu arahan semasa daripada Pas Pusat. Apa pun, kita bersedia dalam apa saja posisi di peringkat negeri.
"Kalau jadi pembangkang, pembangkang yang kuat dalam membentuk kerajaan," katanya pada satu sidang media khas di Kompleks Pas Kedah dekat Kota Sarang Semut, pagi ini.
Pada PRU14, Pas berjaya memenangi 15 daripada 36 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
Ahmad Fakhruddin yang bertanding di DUN Pengkalan Kundor tewas kepada Datuk Dr Ismail Salleh (PKR-Amanah). Turut bertanding, Datuk Abdul Halim Said dari BN.
Ahmad Fakhruddin berkata, sebarang tindakan yang diambil oleh kepemimpinan Pas Pusat pastinya akan bersandarkan kepada kepentingan rakyat.
Mengulas kejayaan Pas merampas lebih banyak kerusi di sebalik ramalan pihak tertentu mengatakan mereka akan tewas tanpa sebarang kerusi, beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana golongan tertentu cuba bermain politik persepsi.
Namun, katanya, Pas tidak langsung menjadikan kajian pihak itu sebagai satu ukuran.
Ujarnya, Pas telah melakukan kajiannya sendiri yang tidak bergantung kepada kajian pihak luar.
Ahmad Fakhruddin berkata, pencapaian Pas Kedah turut menunjukkan bahawa parti itu juga mampu memberikan saingan yang sengit kepada lawan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
#Barisan Nasional
#DUN
#Kedah
#kerajaan
#kerjasama
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PAS
#Pas Pusat
#politik
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan