awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas kemuka usul undi percaya terhadap PM di Parlimen Julai ini - Takiyuddin

Bernama
Bernama
26/06/2020
23:09 MYT
Pas kemuka usul undi percaya terhadap PM di Parlimen Julai ini - Takiyuddin
TAKIYUDDIN: Pas yakin kepimpinan perdana menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan daripada rakyat jelata pelbagai kaum. -Gambar fail
PAS telah mengemukakan usul undi percaya terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul tersebut dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.
"Pas yakin kepimpinan perdana menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan daripada rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Takiyuddin berkata segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.
Beliau berkata Pas amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti dan dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibentang serta dibahaskan
#Muhyiddin Yassin
#pakej rangsangan ekonomi
#pemulihan ekonomi negara
#Perdana Menteri
#persidangan Parlimen
#sokongan dan kepercayaan
#Takiyuddin Hassan
#usul undi percaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan