awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
Emirates perkenal Sleigh380 — Pesawat 'hidung merah' bawa semangat Krismas ke seluruh dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas mahu hubungan lebih mantap dengan UMNO

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/04/2019
10:55 MYT
Pas mahu hubungan lebih mantap dengan UMNO
Abdul Hadi menerima cenderamata daripada Mohd Akmal selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak Kali Ke-36 di Felda Residence Hot Spring, di Sungai, hari ini. Astro AWANI
Pas mahu menjalinkan kerjasama yang lebih mantap dengan UMNO walaupun pernah gagal beberapa kali sebelum ini.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu adalah demi kebaikan rakyat dan negara.
Menurutnya, walaupun ada pihak yang kurang senang dan bimbang dengan kerjasama itu, terpulang kepada mereka untuk membuat penilaian sendiri.
“Harapan kami, kerjasama yang lebih baik, lebih mantap, melihat kepada cabaran-cabaran yang lebih pada masa lalu.
“Kerjasama kita secara berperingkat-peringkat. Kita mulakan dengan kerjasama melalui pilihan raya kecil,” katanya kepada media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak Kali Ke-36 di Felda Residence Hot Spring, di sini, hari ini.
Hadir sama Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin.
Abdul Hadi berkata, terpulang kepada pihak lain untuk mengkaji sendiri dengan matang dan bijak mengenai hubungan Pas-UMNO itu.
Apa yang penting, katanya, kedua-dua pihak bersedia untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan yang lebih erat.
Pas sebelum ini pernah bekerjasama dengan UMNO dalam beberapa isu yang melibatkan Islam dan pernah menyertai kerajaan di dalam Perikatan pada 1973, sebelum Barisan Nasional ditubuhkan pada 1974.
Bagaimanapun, mereka berpecah pada tahun 1979.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#kerjasama
#Muktamar
#PAS
#Pas-UMNO
#Pemuda Pas
#pilihan raya kecil
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan