PAS Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata senarai itu telah dihantar kepada PAS Pusat untuk penilaian terakhir dan calon yang layak akan diumumkan Ahad ini.
"Ketiga-tiga calon adalah anak tempatan DUN Chempaka.. mereka semua lelaki dan terdiri daripada golongan ulama dan profesional.
Ketiga-tiga mereka juga bukan anak Allahyarham Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah 10 Mac.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menempelak pihak yang meminta kerajaan negeri menangguhkan sidang DUN Kelantan bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dari 16 hingga 19 Mac.
Mohd Amar, yang juga Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, berkata beliau telah melakukan empat perjumpaan dengan beberapa pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bagi menerangkan perkara itu.
"Saya sudah terangkan (kepada pimpinan pakatan pembangkang) apa yang kita nak buat di Kelantan itu, jadi apa lagi yang mereka mahu. Saya tak nampak rasionalnya untuk diterangkan lagi sebab saya sudah jelaskan beberapa kali.
Enakmen ini sudah diluluskan sejak 1993 lagi, lama sebelum pakatan pembangkang wujud...jadi kita tidak terikat dengan pakatan pembangkang (dalam hal ini)," katanya.
Beliau berkata sidang DUN itu akan meminda beberapa klausa di dalam enakmen berkenaan terutama melibatkan hukuman terhadap orang bukan Islam yang melakukan kesalahan syariah di bawah undang-undang berkenaan.
"Dalam enakmen 1993 kita ada klausa yang mengatakan orang bukan Islam boleh pilih sama ada nak dibicarakan di bawah undang-undang ini ataupun tidak.
Tapi dalam pindaan yang baharu ini kita buang terus klausa itu...maknanya orang bukan Islam macam manapun tidak akan dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah Undang-Undang Jenayah Islam," katanya.
Bernama
Wed Mar 04 2015
PAS Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac. - Gambar Fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.
Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim
Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.
'Keluarga Tok Guru halang Tun M ziarah kubur'
Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak kesampaian.
Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu
Di Kota Bharu, selain cerita anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar yang mendapat bacaan dan tontonan tertinggi di media sosial ada lagi suatu tarikan. Baca.
Ada apa dengan Nik Omar?
Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.
UMNO Kelantan beri kebebasan anggotanya di DUN Chempaka mengundi esok
UMNO Kelantan memberi kebebasan kepada anggotanya yang menjadi pengundi untuk mengundi mana-mana calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka esok.
PAS senarai pendek tiga calon PRK Dun Chempaka
PAS Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac.
Ibrahim Ali tidak berhasrat jadi calon Bebas di PRK DUN Chempaka
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka ditetapkan 22 Mac - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan.