Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pas sokong Muhyiddin sebagai calon PM untuk PRU15

Pas sokong Muhyiddin sebagai calon PM untuk PRU15
Pada Rabu, Muhyiddin menjelaskan kesemua ketua parti yang menyokong Kerajaan PN mengadakan satu pertemuaan di Putrajaya. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pas menyatakan sokongan penuh kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan partinya turut menzahirkan dukungan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan permuafakatan politik Perikatan Nasional (PN) demi mensejahterakan negara dan rakyat.
"Pas menzahirkan dukungan kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan permuafakatan politik Perikatan Nasional demi mensejahterakan negara dan rakyat.

"Pada masa yang sama, Pas menzahirkan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Pada Rabu, Muhyiddin menjelaskan kesemua ketua parti yang menyokong Kerajaan PN mengadakan satu pertemuaan di Putrajaya.

Katanya, mereka bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.


Tag: Muhyiddin Yassin, Abdul Hadi Awang, PAS, Bersatu, Perikatan Nasional, kerajaan, PRU15, kerjasama, muafakat, politik



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.