awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
Kes 1MDB: Bebas atas tidak Najib kekal di Penjara Kajang, jalani hukuman kes SRC International
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tak ajar ahlinya khianat, langgar peraturan - Tuan Ibrahim

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
24/05/2019
00:37 MYT
Pas tak ajar ahlinya khianat, langgar peraturan - Tuan Ibrahim
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu melibatkan kereta Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dibakar masih dalam siasatan pihak polis. - Gambar fail/BERNAMA
Pas tidak pernah mengarahkan ahlinya untuk melakukan khianat bahkan parti menetapkan peraturan dan disiplin supaya ahlinya termasuk unit berkaitan tidak terlibat dalam perkara yang bercanggah dengan undang-undang.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu melibatkan kereta Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dibakar masih dalam siasatan pihak polis.
“Suspek masih disiasat oleh polis. Pas terbuka dan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menasihati supaya tidak membuat spekulasi dan andaian yang boleh menganggu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas program di Madinah Ramadhan di sini malam tadi.
Tegasnya, yang jelas Pas tidak mengarahkan ahlinya melakukan perkara jenayah dan mengharapkan siasatan adil kelak akan dapat membersihkan tuduhan-tuduhan seumpama itu yang mengaitkan Pas.
Sebelum ini portal berita tempatan melaporkan, Jabatan Amal Malaysia (JAM) mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu.
Ketua pengarahnya, Mohd Nazree Mohd Aris, mengesahkan anggota terlibat ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Sementara itu media turut melaporkan suspek utama insiden membakar kereta Mufti Perlis itu yang dikenali sebagai Zaini diberkas polis, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd, selain Zaini, polis turut memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Mie Tomoi.
Hingga kini, lima suspek ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dengan kesemuanya sedang direman.
Sementara itu dalam perkembangan lain, semua senarai pencalonan bagi pemilihan pelbagai jawatan dalam parti perlu dihantar selewat-lewatnya minggu hadapan.
Menurut Tuan Ibrahim Muktamar tahunan Pas kali ini merupakan Muktamar pemilihan jawatan dalam parti, Dewan dan sayap.
Borang pertandingan katanya perlu dihantar minggu hadapan bagi pengesahan dan jika tidak berbuat demikian Jawatankuasa Pemilihan menganggap calon itu tidak berminat untuk bertanding jawatan yang dicalonkan untuknya.
Katanya Jawatankuasa Pemilihan akan mengumumkan jawatan yang akan dipertandingkan selepas tutup pencalonan nanti.
Tuan Ibrahim bagaimana pun tidak memaklumkan jawatan mana yang akan menyaksikan pertandingan.
Pada masa ini, pemilihan di peringkat kawasan, cawangan selesai manakala bagi peringkat Dewan Negeri akan diadakan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Jabatan Amal Malaysia
#Jawatankuasa Pemilihan
#kereta Mufti Perlis
#Madinah Ramadhan
#Mie Tomoi
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Mohd Nazree Mohd Aris
#Muktamar Pas
#Pas tidak khianat
#Timbalan Presiden Pas
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan