Tutup

Pas tak ikut 'pintu belakang' - Abdul Hadi

Pas tak ikut 'pintu belakang' - Abdul Hadi
Pas katanya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan politik pada masa ini dan sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh pas berdasarkan keadaan politik pada masa itu.
KOTA BHARU: Pas sekali lagi menegaskan tidak berminat dalam sebarang cubaan untuk membentuk kerajaan melalui ‘pintu belakang’ atau membelakangi proses demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang proses demokrasi mestilah mengikut lunas undang-undang.

Pas pada masa yang sama juga bersedia untuk membentuk muafakat bersama parti lain.

“Muafakat ini luas, sebut muafakat ini kena ramai, dengan sebab itu kita ajak sesiapa hendak muafakat kita persilakan.
“Saya rasa dalam demokrasi, proses demokrasi ini macam-macam. Masuk Parlimen boleh masuk mana-mana pintu, mesti ikut proses undang-undang yang betul. Insya-Allah kita masuk 'pintu depan' tidak boleh ‘pintu belakang’ cuma kita tahu ada hendak jadi ‘perdana menteri pintu belakang’,” katanya di sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana sempena tiga dekad pentadbiran Pas Kelantan di sini malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujud muafakat antara Pas, Umno dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membentuk kerajaan baharu.
Pas katanya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan politik pada masa ini dan sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh pas berdasarkan keadaan politik pada masa itu.

Menyentuh mengenai Muafakat Nasional bersama Umno, beliau menjelaskan perkembangan bertambah baik dan berjaya menyatukan umat Islam serta memberikan keyakinan kepada bukan Islam.


Tag: Abdul Hadi Awang, UMNO, PAS, Islam, undang-undang, Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.