awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tetap bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Abdul Hadi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/05/2016
05:18 MYT
PAS tetap bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Abdul Hadi
Abdul Hadi (gambar) berkata Pas mempunyai peluang yang besar selain mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. - Gambar fail
Pas bertegas akan meletakkan calonnya ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung Jun depan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi berkata Majlis Syura parti itu telah meluluskan nama-nama calon yang bakal bertanding pada PRK itu.
"Kita (Pas) sudah membuat keputusan untuk bertanding (pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar). Sudah diluluskan oleh Majlis Syura nama-nama (calon yang akan bertanding)," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Tambahnya, parti itu akan mengumumkan nama-nama calon pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Mengulas berkenaan peluang kemenangan Pas pada dua PRK tersebut, Abdul Hadi berkata Pas mempunyai peluang yang besar selain mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.
"Kita kalau bertanding, Pas tidak rugi, sama ada menang atau kalah, kalau menang, kita untung, kalau kalah, kita balik modal. Barisan Nasional (BN) kalau kalah, mereka rugi, tapi kalau menang, mereka balik modal. Parti lain boleh mengadu nasib.
"Kita tidak boleh paksa (parti lain tidak bertanding). Kita ada akar umbi yang kuat," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak kosong berikutan dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Susulan itu juga Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh PRK bagi kedua-dua kawasan dijalankan serentak pada 18 Jun nanti.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Kuala Kangsar
#nahas helikopter
#Noriah Kasnon
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
#PRK
#Sungai Besar
#Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan