awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas T'ganu desak Raja Bahrin letak jawatan sebagai anggota parlimen

Bernama
Bernama
06/09/2015
15:19 MYT
Pas T'ganu desak Raja Bahrin letak jawatan sebagai anggota parlimen
PAS Terengganu mahu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan kerana menjadi pengerusi untuk Parti Amanah Negara negeri itu. - Gambar Fail
PAS Negeri Terengganu hari ini mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.
Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan Anggota Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.
"Beliau secara sukarela telah melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," kata pada sidang media di sini hari ini.
"Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.
"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.
Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak tiga bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.
Beliau berkata desakan itu juga adalah selari dengan gesaan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu anggota PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai PAN.
Ditanya mengenai kemungkinan terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang lain menyertai parti politik baharu itu, Satipul berkata pihaknya tiada lagi menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.
Katanya sekiranya Raja Bahrin enggan meletak jawatan, terserah kepada rakyat untuk menilai integriti dan tahap profesionalisme anggota Parlimen itu.
PAN telah dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada Jumaat lepas di Dungun.
Topic Berkaitan
#Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
#PAN
#Parti Amanah Negara
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan