awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tidak berhasrat bergabung atau wujudkan kerajaan campuran dengan UMNO

Bernama
Bernama
20/04/2016
14:15 MYT
Pas tidak berhasrat bergabung atau wujudkan kerajaan campuran dengan UMNO
Pas sentiasa berpegang teguh kepada dasar Islam berpandukan al-Quran dan Hadis, katanya. - Gambar fail
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas tidak berhasrat untuk bergabung atau mewujudkan kerajaan campuran dengan UMNO sebagaimana cadangan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik.
Mohd Amar berkata cadangan itu adalah pandangan peribadi Dr Zakir dan Pas menerimanya secara terbuka.
"Bagaimana pun kami melihat saranan itu dibuat tanpa meneliti senario semasa politik tanah air serta pendirian dan perjuangan Pas secara menyeluruh selama ini.
"Pas masih memegang pendirian sama dan kita tidak pernah berhasrat untuk bergabung dengan UMNO," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan Dr Zakir bahawa kerajaan campuran UMNO dan Pas itu akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.
Dr Zakir berkata beliau bukan mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu mengambil pendekatan bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangan.
Pas sentiasa berpegang teguh kepada dasar Islam berpandukan al-Quran dan Hadis, katanya.
"Hal ini adalah selaras dengan pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh Pas iaitu budaya politik matang sejahtera, selain ia selaras dengan perlembagaan Pas," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Takiyuddin berkata parti itu juga berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang bersidang pada 2 Jan lepas yang mengesahkan pendekatan berkenaan.
Di samping itu, Pas tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN), katanya.
Topic Berkaitan
#Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas tidak berhasrat untuk bergabung atau mewujudkan kerajaan campuran dengan UMNO sebagaimana cadangan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan