awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PasMa umpama anai-anai dalam PAS - Mohd Amar

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2015
08:17 MYT
PasMa umpama anai-anai dalam PAS - Mohd Amar
PasMa umpama anai-anak dalam PAS - Mohd Amar (Gambar: Fail)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai anai-anai dalam PAS.
Mohd Amar berkata tidak ada guna ahli dan penyokong PasMa berada dalam PAS sekiranya terus menerus memburukkan parti sendiri.
"Kewujudan PasMa tidak memberi ancaman langsung kepada PAS kerana mereka menyertai pertubuhan itu disebabkan mempunyai masalah dalam parti selain dipinggirkan ahli," katanya seperi dilaporkan Berita Harian.
Manakala Utusan Malaysia pula melaporkan Mohd Amar menggesa PasMa bertanding bersama PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya sangat alu-alukan PasMa ini bentuk parti politik baharu, sebab duduk dalam PAS pun menyusahkan. Lebih baik tubuh parti sendiri dan kita lawan. Bukan cabar, tetapi itu cara paling baik.
“Agak pelik apabila berada dalam PAS tetapi mengkritik parti sendiri,” Mohd Amar dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.
Mohd Amar juga dilaporkan berkata PasMa bukanlah ancaman kepada PAS kerana bilangan ahli NGO itu “boleh dikira dengan jari”.
“Tidak ramai dalam PasMa ini, boleh bilang dengan jari. Bukan satu ancaman bagi kita. Dan kita tengok di Kelantan, orang yang terlibat dengan PasMa ini hanya orang yang bermasalah di dalam parti.
“Boleh dikatakan mereka yang menyertai PasMa ini orang yang tidak dite­rima ahli parti,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi.
Semalam, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, PasMa merancang menjadi sebuah parti politik supaya ia boleh secara rasmi menyertai Pakatan Rakyat.
Katanya, yang juga merupakan salah seorang pemimpin PAS Kedah, ahli PasMa juga "sangat kuat mahukan" kumpulan itu menyertai pakatan pembangkang.
Topic Berkaitan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Pakatan Rakyat
#PAS
#PasMa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan