awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82

PAU2016: Wakil parti politik Indonesia 'tegak bulu roma' dengar seruan UMNO

Bernama
Bernama
01/12/2016
12:45 MYT
PAU2016: Wakil parti politik Indonesia 'tegak bulu roma' dengar seruan UMNO
Wakil parti politik jemputan dari Singapura, Indonesia dan Kenya rata-ratanya kagum dengan intipati ucapan di Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura, sebuah parti politik di republik itu, memandang tinggi UMNO sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu di Malaysia.
Timbalan Presidennya Ismail Mohamed Yaacob yang diundang pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini berkata parti seperti UMNO amat penting dalam mempertahankan survival orang Melayu bagi menghadapi cabaran getir ketika ini.
"Orang Melayu harus bersatu kerana saya tidak mahu melihat kita melukut di tepi gantang pada masa hadapan jika Melayu berpecah-belah," katanya.
Ismail turut mengakui kepada Bernama bahawa beliau menitiskan air mata ketika mendengar ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu perjuangan Melayu dipertahankan.
Anggota Parti Pergerakan Demokratik Wiper dari Kenya, Dr Julius Makau Macombe, yang kagum dengan seruan Najib meminta anggota UMNO menunjukkan kesetiaan, berkata adalah penting bagi mereka berbuat demikian walaupun dilanda masalah dalaman yang boleh menjejaskan parti.
"Anggota parti perlu kekal bersatu dan menyelesaikan masalah itu secara dalaman, bukannya meninggalkan parti," katanya.
Lathifa Marina Al Anshor dari Partai NasDem, Indonesia terpegun dengan semangat anggota UMNO sepanjang perhimpunan hari ini.
"Tegak bulu roma saya ketika mendengar ucapan bertenaga Najib terutama ketika beliau menyeru anggota UMNO untuk kekal bersatu," katanya.
Beliau berkata visi Najib untuk mentransformasikan negara ini ketika menyentuh Transformasi Nasional 2050 (TN50) turut menarik tumpuannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
##PAU2016
##UMNO2016
#Melayu
#parti politik
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.