POLITICS
PAU2017: Perwakilan cadang Hishammuddin menang Naib Presiden tanpa bertanding

Perwakilan UMNO Selangor mengemukakan cadangan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan parti akan datang. - foto AstroAWANI / Shahir Omar
Perwakilan UMNO Selangor hari ini mengemukakan cadangan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan parti akan datang.
Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, ia bagi memastikan seluruh kepimpinan parti bersedia sepenuhnya berdepan pilihan raya umum akan datang.
"Juga beliau perlu diberi menang tanpa bertanding pada pemilihan parti akan datang. Jadi bermakna hanya dua kerusi Naib Presiden dipertandingkan pada pemilihan akan datang," katanya semasa sesi perbahasan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau turut bertanyakan dua soalan yang sama kepada seluruh perwakilan;
"Bukankah itu keputusan yang kita buat (semalam)?"
Lantas seraya perwakilan di Dewan Merdeka menjawab 'YA!'.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami