awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB parti politik beramanah, boleh dipercayai - Najib

Bernama
Bernama
11/08/2015
01:45 MYT
PBB parti politik beramanah, boleh dipercayai - Najib
Najib (dua, kanan) dan Adenan (tiga, kiri) menyusun Keris dan Tombak di atas bendera PBB ketika menghadiri majlis Ramah Tamah Aidil Fitri anjuran PBB Zon Kuching semalam. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak dan pentadbiran negeri, sebagai rakan kongsi yang beramanah dan boleh dipercayai.
"Ia sekutu politik kami yang amat berjaya. Ia adalah formula yang sangat menang, jadi mengapa kita perlu menukarnya.
"Justeru, UMNO tidak berhasrat untuk mengembangkan sayapnya ke negeri ini. PBB telah membuktikan keupayaannya untuk memimpin dengan cukup baik," katanya pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri anjuran PBB cawangan Kuching malam tadi.
Turut hadir ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Presiden PBB, timbalannya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Perumahan Negeri dan pengerusi penganjur perhimpunan Datuk Seri Fadillah Yusuf, yang juga Menteri Kerja Raya.
Najib berkata beliau tidak dapat membayangkan jika mempunyai parti alternatif mentadbir negeri ini, sambil berkata ia tidak akan berjaya seperti PBB.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau telah melantik lapan orang wakil dari Sarawak sebagai menteri penuh dalam kabinet beliau untuk menunjukkan penghargaannya kepada PBB.
"PBB sentiasa memenangi semua kerusi dalam pilihan raya negeri. Kami bergantung dan terus bergantung kepadanya untuk memenangi semua kerusinya pada masa akan datang.
"Kami juga mahu Sarawak menjadi sebuah negara yang sangat progresif supaya tiada lagi keperluan untuk kumpulan tertentu yang mahu membawa Sarawak keluar dari Malaysia.
"Pelantikan tersebut mencerminkan hasrat kami untuk mengukuhkan perpaduan serantau demi kepentingan integrasi nasional," kata Perdana Menteri.
Najib juga menyeru rakyat Sarawak supaya terus memberi peluang kepada Adenan selama lima tahun lagi untuk menerajui negeri ini.
Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan lebih banyak projek pembangunan di negeri ini bagi mempercepatkan pembangunan.
Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Adenan kerana memberi sokongan kuat kepada beliau sebagai perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Najib Razak
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan