awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pegawai akhbar' Syed Saddiq letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2018
02:20 MYT
'Pegawai akhbar' Syed Saddiq letak jawatan
NUMAN: Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan apa hala tuju saya selepas ini. - Foto Twitter/@NumanAfifi
'Pegawai akhbar' sementara Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi yang dikecam sebelum ini mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada tugas berkenaan.
Menerusi kenyataan medianya pada Isnin, Numan menyifatkan kecaman dan ancaman yang hebat oleh pihak yang didakwanya ejen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuknya menjalankan amanah yang diberi.
"Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan apa hala tuju saya selepas ini.
"Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di Pejabat Menteri.
"Menjawab mengenai isu beberapa nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan," katanya.
Beliau menambah, YB Menteri akan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah.
Pada masa sama, Numan berharap hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis dapat diamalkan dan menghargai segala sokongan yang diberikan kepadanya.
Numan merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas anggota parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Beliau juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai "pegawai akhbar" kepada menteri muda berkenaan.
Bagaimanapun pelantikan itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak 'Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual' (LGBT) justeru tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian berkenaan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Belia
#gay
#GERAKAN
#letak jawatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#Muar
#Numan Afifi
#Parlimen
#Pegawai Khas Syed Saddiq
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#siasatan
#sukan
#Syed Saddiq
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan