Pelantikan Najib langkah ke belakang - Nazri Aziz

Pelantikan Najib langkah ke belakang - Nazri Aziz
NAZRI: Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita? - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan, pelantikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai 'langkah ke belakang'.

"Kita (BN) kalah di bawah siapa? Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita?" kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai perkara itu.
"Saya rasa ia langkah ke belakang," katanya.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan keputusan sebulat suara Dewan Tertinggi BN.

Ketika ditanya perkara sama, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dengan ringkas menjawab: "Tiba-tiba saya tidak suka di mana saya berada". -- BERNAMA

BACA: Tanggungjawab besar pulih BN berpandukan piagam baru - Najib

BACA: Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN, tugas kembalikan sokongan rakyat

Tag: nazri abdul aziz, najib tun razak, tengku adnan tengku mansor, barisan nasional, BN, khairy jamaluddin, umno, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.