Tutup

Pelawaan Tun M akan dibincang dalam Majlis Presiden PH - Anwar

Pelawaan Tun M akan dibincang dalam Majlis Presiden PH - Anwar
ANWAR: Kita ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan (itu) tentu ruang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbaharu. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Isnin depan, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan (itu) tentu ruang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbaharu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) di Universiti Malaya pada Sabtu.

Ujarnya, mesyuarat bulanan itu ruang terbaik bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

BACA: Dr Mahathir ajak semua parti Melayu bergabung bawah satu parti
Menurut Dr Mahathir, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam parti Melayu termasuk UMNO dan sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.

Justeru demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, beliau mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.



Tag: Dr Mahathir Mohamad, pelawaan Tun M, Majlis Presiden Pakatan Harapan, Pakatan Harapan, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Universiti Malaya Endowment Fund, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu, UMNO, parti Melayu


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.