Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dipelopori beberapa bekas pemimpin PAS secara tidak langsung telah mewujudkan peluang kepada UMNO untuk mencari titik persefahaman dengan PAS, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, tindakan pemimpin PAS "melompat" ke Amanah merupakan peluang kepada UMNO untuk menghidupkan semula usaha mencari titik persefahaman dengan PAS.
"Saya selalu sebut bahawa antara UMNO dengan PAS ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu banyak itu kita tidak sebut," katanya kepada pemberita selepas melawat daerah Yan hari ini.
Peluang untuk melihat kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu katanya, wujud selepas "unsur-unsur" yang tidak bersetuju terhadap permuafakatan antara UMNO-PAS telah menyertai Amanah.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (MUIN) dianggotai UMNO dan PAS selain pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam.
Mukhriz berkata, usaha untuk mewujudkan kerjasama di antara UMNO dan PAS telah berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu.
"Jadi di pihak kami terbuka (terhadap cadangan Ibrahim Ali itu)," katanya.
Berhubung kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini tentang tujuh pemimpin parti sedang disiasat kerana membuat kenyataan secara terbuka, beliau berkata UMNO merupakan sebuah parti yang terbuka dalam menerima teguran.
Semua pihak, katanya, perlu memahami teguran dan kritikan terhadap parti bertujuan untuk memperkuatkannya dan bukan merupakan satu tindakan pengkhianatan terhadap UMNO.
"Ia bukan satu unsur pengkhianatan terhadap parti, jadi ia amat penting untuk kita fahami. Kadang-kadang kita mengkritik atas niat untuk memperkukuhkan, hendak menguatkan parti," katanya.
Bernama
Sat Oct 31 2015
MUKHRIZ: Peluang untuk melihat kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu katanya, wujud selepas "unsur-unsur" yang tidak bersetuju terhadap permuafakatan antara UMNO-PAS telah menyertai Amanah.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Peluang UMNO cari titik persefahaman dengan PAS - Mukhriz Mahathir
UMNO dengan PAS ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, tetapi malangnya perbezaan itulah kita ungkit, kata Mukhriz Mahathir.