Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri hari ini sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja.
Zambry turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Adun pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang pada hari ini mencatatkan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dewan Undangan Negeri selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.
Menurut beliau, perbezaan yang wujud antara kerajaan dan pembangkang tidak perlu dipanjangkan sehingga ke tahap memalukan Sultan.
"Hari ini merupakan majlis istiadat pembukaan dewan yang memerlukan (mereka) memakai pakaian seperti sebelum ini, tetapi mengapa hari ini jadi begini, apa pun alasan yang mereka berikan saya tidak terima sama sekali.
"Pembangkang memakai serba hitam melambangkan kematian, kesedihan, kegelapan dan berkabung," katanya kepada pemberita selepas istiadat itu hari ini.
Zambry berkata tindakan biadab Adun pembangkang itu juga menyebabkan Sultan Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.
Ditanya adakah Sultan Nazrin Shah murka dengan tindakan Adun terbabit, menteri besar berkata: "Saya tidak berhak mengatakan Sultan murka atau tidak tetapi kita tahu tindakan tiada sesi bergambar dan sebagainya, kita boleh baca dan sangat mengejutkan baginda.
"Tuanku amat berharap sesi bergambar diadakan kerana pertama kali baginda dengan penuh bersejarah merasmikan Dewan Undangan Negeri dan dalam titah ucapan, tuanku menyebut hari ini adalah pembukaan dewan yang bersejarah bagi baginda selaku seorang Sultan," katanya.
Beliau berkata kemungkinan Adun pembangkang itu akan memohon maaf kepada Sultan Nazrin Shah atas keterlanjuran mereka tetapi perbuatan memakai pakaian serba hitam telah memperlihatkan sikap sebenar mereka.
"Rakyat akan lihat watak mereka ini... mungkin dia nak elak daripada isu lain, ini strategi mereka, tetapi janganlah sampai perkara yang tidak sewajarnya dipolitikkan turut dipolitikkan," katanya.
Sejumlah 26 Adun pembangkang tiba di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi, secara berkumpulan dengan berpakaian serba hitam.
Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakan mereka memakai pakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.
Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang kini dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) esok, katanya.
Bernama
Tue Mar 31 2015
Menteri Besar Perak menyifatkan tindakan semua Adun pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan DUN hari ini sebagai biadab. - Foto Bernama
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.