Kumpulan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan di padang kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu.

Perhimpunan dikatakan dibuat di lokasi tersebut atas berikutan lokasi asal yang dicadangkan iaitu bilik mesyuarat di bangunan sementara pentadbiran parlimen telah ditempah awal oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Parlimen, Shahir Omar

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata bahawa mereka pada mulanya dihalang masuk ke bilik mesyuarat kerana diberitahu bilik mesyuarat yang ditempah itu telah dibatalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian menafikan kenyataan tersebut dengan menegaskan bahawa mana-mana Kementerian tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan tempahan bilik di Parlimen.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula berkongsi gambar di laman Twitter dengan menulis “ahli-ahli parlimen 'bersidang' dengan duduk di lantai di ruang terbuka kerana tidak dibenarkan guna bilik mesyuarat."


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, turut mengesahkan sidang tergempar Parlimen dan Pimpinan Masyarakat itu diadakan di tangga Parlimen.


Sementara Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa kawalan keselamatan keterlaluan berlaku di Parlimen.


Bukan itu sahaja, ahli-ahli Parlimen and NGO yang lain turut tidak melepaskan peluang untuk melaporkan keadaan secara langsung dari Parlimen.





Perhimpunan dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah dan turut disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia bermula sekitar jam 12.30 tengahari.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan.

Pertemuan itu dicadangkan diadakan sebelum ini oleh Wan Azizah Wan Ismail dan disokong oleh ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.