Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan berlaku pembelotan melibatkan parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Tegasnya, isu berkenaan hanya dipergunakan Pas untuk mengelak siasatan menerima dana RM90 juta.
“Saya tak layan (isu ini) kerana dalam hubungan saya dengan Perdana Menteri, saya tak pernah bangkit (isu pembelotan). Tak pernah dibangkit dalam parti dalam PH. Ini hanya naratif PAS untuk elak siasatan RM90 juta,” katanya kepada media selepas Syarahan Darul Ehsan di Universiti Selangor (UNISEL) di sini.
Malah, katanya soal sama ada beliau dan parti perlu bimbang dengan perkara itu tidak timbul kerana ia hanya modal politik Pas.
Tegas Anwar, isu berkenaan tidak perlu dibincangkan di peringkat parti.
“Saya tidak bangkit langsung isu berkenaan. Tiada perbincangan dalaman, tidak bangkit langsung. Ini soal Pas, apa lagi modal dia? Nak elak daripada fokus rakyat tentang RM90 juta dan wajib bohong yang dibicara oleh mereka,” tambahnya.
Ditanya sama ada Anwar ada berbincang mengenai isu pembelotan itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau bertegas ia tidak perlu.
“Saya rasa tidak perlu (berbincang dengan Perdana Menteri) kerana ia bukan satu isu melainkan Perdana Menteri sendiri membangkitkannya kepada saya.
“Namun saya telah berhubung dengan parti lain, dan tiada seorang pun yang mahu memberi respon kerana mereka fikirkan tiada isu dan mereka rasa Pas cuba untuk mengalihkannya daripada isu dana daripada 1MDB,” jelas beliau lagi.
Mengenai surat perakuan Pas kepada Tun Dr Mahathir Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau sendiri tidak pasti sama ada ia suatu pembohongan atau sebaliknya.
“Dia pernah sebut bohong untuk parti (sebelum ini), boleh jadi kita tak tau ia (surat perakuan) benar atau bohong,” katanya lagi.
Sebelum ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin, berkata Pas akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan PH.
Menurut Takiyuddin, bagi tujuan itu, Pas mengemukakan surat perakuan bertulis kepada Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu dalam pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Rahimah Abdullah
Mon Feb 18 2019
ANWAR: 'Saya rasa tidak perlu (berbincang dengan Perdana Menteri) kerana ia bukan satu isu melainkan Perdana Menteri sendiri membangkitkannya kepada saya.' - Gambar fail
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.