awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Pemecatan Gani Patail perlu dibuat secara sah, kata Gobind Singh

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
28/07/2015
10:27 MYT
Pemecatan Gani Patail perlu dibuat secara sah, kata Gobind Singh
Abdul Gani dalam satu kenyataan kepada Malay Mail Online dipetik berkata tidak tahu-menahu tentang pengumuman mengenai jawatannya yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. - Gambar Fail
Kerajaan perlu menjelaskan pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan Peguam Negara -- apakah dibuat secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan -- kerana ia mempunyai kesan besar termasuk menjejaskan kebebasan institusi kehakiman itu, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
"Ini perkara yang serius," katanya dalam satu kenyataan media.
Gobind turut berkata Artikel 145(6) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan seseorang Peguam Negara tidak boleh dipecat daripada jawatannya kecuali "atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan."
Pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan dijelaskan pula melalui Artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu melalui sebuah tribunal yang anggota-anggotanya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Penubuhan tribunal itu pula adalah atas syor Perdana Menteri kepada Seri Paduka. Pemecatan tersebut boleh dilakukan atas alasan seseorang hakim itu tidak lagi mampu menjalankan fungsi jawatannya "oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau sebab-sebab lain".
Menurut Gobind, daripada peruntukan itu sebuah tribunal diperlukan untuk menentukan apakah Peguam Negara harus dipecat dan khidmatnya tidak boleh dihentikan begitu saja.
"Kedudukan itu jadi lebih ganjil kini apabila Tan Sri Gani Patail dilaporkan berkata beliau tidak tahu tentang pemecatannya," kata peguam itu.
Abdul Gani dalam satu kenyataan kepada Malay Mail Online dipetik berkata tidak tahu-menahu tentang pengumuman mengenai jawatannya yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Astro AWANI
Gobind Singh Deo
Gobind berkata pemecatan Abdul Gani tidak sah dari segi perlembagaan, ia hendaklah dibetulkan. Jika tidak, katanya, ia boleh menjejaskan sistem keadilan jenayah. - Gambar Fail
Tegas Gobind, sebagai orang yang mempunyai kuasa penuh untuk memulakan pendakwaan jenayah di mahkamah, seorang Peguam Negara mesti ada perlindungan ke atas kedudukan jawatannya bagi membolehkan beliau menjalankan tugas tanpa gentar atau memihak.
"Dalam kes ini, Tan Sri Gani Patail juga adalah anggota Pasukan Petugas Khas yang menyiasat perkara berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri. Jadi bagaimanakah beliau boleh dipecat begitu saja?" tanya Gobind.
Jelas Pengerusi Biro Undang-Undang DAP itu, sekiranya pemecatan Abdul Gani tidak sah dari segi perlembagaan, ia hendaklah dibetulkan. Jika tidak, katanya, ia boleh menjejaskan sistem keadilan jenayah.
Dalam nada sama, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar turut meminta Perdana Menteri menjawab persoalan ini dengan segera kerana Abdul Gani diketahui akan bersara wajib pada awal Oktober ini.
***NOTA EDITOR: Laporan ini telah dikemas kini dengan menerbitkan kenyataan Prof Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz dalam laporan berasingan di sini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Gani Patail
#Gobind Singh Deo
#pasukan petugas khas
#Pengerusi Biro Undang-Undang DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.