Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pemecatan dua anggota veteran UMNO daripada parti itu susulan sokongan mereka terhadap pembangkang adalah wajar.
Beliau berkata tindakan itu dilaksanakan memandangkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan menghentam parti secara terbuka.
"Ini perkara biasa dalam parti dan ia tidak mengira kedudukan seseorang, jika seseorang telah menghentam parti secara terbuka ia tindakan yang memang perlu dilaksanakan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Belia Negara sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2018, di sini, malam Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemecatan Rafidah dan Tun Daim oleh Lembaga Disiplin UMNO pada Sabtu.
BACA: Tun Daim belum terima surat pengguguran
Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, meminta Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya pihaknya memaksa pengundi bersumpah untuk mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
"Saya tidak tahu perkara ini dan ini merupakan tuduhan yang sengaja diadakan untuk mencari simpati, banyak tuduhan serupa akan dilemparkan. Ini bukan amalan kita, kemukakan bukti jika ada," katanya.
Selain itu, beliau berkata sokongan rakyat terhadap calon-calon BN di Kelantan dilihat semakin meningkat.
"Banyak pengundi yang menyatakan hasrat untuk pindah parti (ke BN) dan ini perkembangan positif, momentum semakin hebat dan usaha akan dipergiatkan lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 05 2018
Mustapa meminta Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya pihaknya memaksa pengundi bersumpah untuk mengundi BN pada PRU14, 9 Mei ini. - Gambar fail
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
PRU15: Semua calon Pas sudah laksanakan baiah - Takiyuddin
Ada juga calon dari parti Bersatu turut sama mengangkat sumpah bersama dengan calon Pas.
Muktamar Pas: Baiah Pas lebih berkesan berbanding undang-undang lompat parti - Hadi Awang
Lafaz sumpah dan baiah oleh calon-calon pilihan raya dipilih mewakili Pas lebih berkesan jika dibandingkan dengan undang-undang lompat parti.
Pemecatan Rafidah dan Daim adalah wajar - Mustapa
Beliau berkata tindakan itu dilaksanakan memandangkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan menghentam parti secara terbuka.
PAS yakin bai'ah calon mampu tambah keyakinan rakyat
Aura yang ada pada setiap calon diperkuat dengan proses bai'ah atau sumpah taat setia yang dilafazkan sebanyak dua kali.
Pas selaras lafaz baiah di seluruh negara - Tuan Ibrahim
Majlis Syura memutuskan tidak ada perbezaan baiah di antara semua negeri termasuk Kelantan yang membuat tambahan lafaz taklik cerai talak tiga sebagaimana yang dilaksanakan pada PRU13.
Bai'ah talak tiga: Tolong pergi tanya orang PAS - Dr Hatta
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengakui sudah tidak lagi bersama PAS sekali gus menolak sebarang tuduhan atau spekulasi mengenai isu bai'ah kepadanya.
Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain
Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan mengulas baiah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti demi parti lain.