awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Exco lalui saringan ketat - PPBM Selangor

Shafizan Johari
Shafizan Johari
14/05/2018
04:18 MYT
Pemilihan Exco lalui saringan ketat - PPBM Selangor
Senarai lengkap Exco Selangor hanya akan diedarkan selepas Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan dilangsungkan petang ini. - Gambar hiasan
Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor percaya pemilihan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor sudah melalui proses saringan yang ketat seperti yang dilaksanakan kepimpinan di peringkat pusat.
Bendahari PPBM Selangor Mohd Shaid Rosli begitupun menjelaskan, proses berkenaan boleh menjadi lebih baik sekiranya ia dilaksanakan secara lebih inklusif.
Ini selaras cadangan dibuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pembentukan kabinet Kerajaan Persekutuan.
“Sehingga pagi ini, kami tidak dimaklumkan mengenai sebarang berita berhubung pelantikan Exco Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, saya percaya Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membuat keputusan terbaik.
"Ini bagi memastikan barisan Exco Selangor kelak adalah lebih terangkum, melibatkan semua parti komponen Pakatan Harapan,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan, senarai lengkap Exco Selangor hanya akan diedarkan selepas Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan dilangsungkan petang ini.
"Mohamed Azmin telah mengadap Sultan Selangor pada Ahad 13 Mei untuk menyembah maklumkan senarai nama Ahli-ahli Exco di bawah pentadbiran baharu beliau.
"Setelah meneliti dan melakukan saringan terperinci, Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk melantik Ahli-ahli Dewan Negeri daripada senarai nama tersebut sebagai Ahli Exco," jelasnya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Exco dijadualkan berlangsung hari ini pada jam 2 petang di Istana Alam Shah, Klang.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Astro Awani
#Azmin Ali
#Exco
#kabinet
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#menteri
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PKR
#PPBM
#saringan
#Selangor
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan