awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Anwar bakal hadapi saingan untuk Presiden?

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
17/07/2018
23:17 MYT
Pemilihan PKR: Anwar bakal hadapi saingan untuk Presiden?
Adakah Anwar bakal berdepan saingan untuk jawatan Presiden PKR? - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga hari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden PKR, timbul ura-ura calon lain bakal mengumumkan dirinya untuk merebut kerusi ketua parti komponen Pakatan Harapan yang mempunyai perwaklilan terbesar di Parlimen.
Sumber memaklumkan Astro AWANI bahawa terdapat satu senarai nama pimpinan PKR yang kononnya bakal merebut jawatan tertinggi parti tersebut pada pemilihan parti bulan depan yang tersebar dalam kalangan ahli parti.
"Senarai tersebut meletakkan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Presiden manakala tiga Menteri lain dikatakan bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden serta Naib Presiden.
"Selain itu, salah seorang Menteri Besar dari PKR juga dinamakan dalam senarai tersebut," kata sumber.
Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, atau mana-mana Menteri atau Menteri Besar dari PKR yang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan parti kali ini.
Astro AWANI dalam proses mendapatkan respon dari Mohamed Azmin bagi memastikan kesahihan senarai yang tersebar.
Pada Ahad, Anwar telah mengesahkan beliau akan bertanding pada pemilihan parti akan datang dengan menawarkan diri sebagai Presiden bagi menggantikan isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PKR sekarang.
BACA: Laluan mudah buat Anwar
BACA: Perlis sokong Anwar tanding jawatan Presiden PKR
BACA: Anwar tawar diri jadi Presiden PKR
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#pemilihan PKR
#PKR
#politik
#Presiden PKR
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan