awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Kecoh! Rafizi Ramli 'diserang' di Keningau

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
03/11/2018
12:10 MYT
Pemilihan PKR: Kecoh! Rafizi Ramli 'diserang' di Keningau
Rafizi Ramli dilaporkan 'diserang' oleh seorang individu dalam insiden ketika proses pemilihan parti di daerah Keningau, petang Sabtu. - Foto pengguna Facebook Aman Shah II.
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan 'diserang' oleh seorang individu dalam insiden ketika proses pemilihan parti di daerah Keningau, petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan suasana pemilihan yang berlangsung di dewan masyarakat di sebuah kampung yang belum didedahkan di daerah berkenaan bertukar kecoh.
Beliau yang juga dalam jadual berkempen, bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rafizi turut mendedahkan sedang membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya masih mendapatkan laporan lengkap mengenai insiden itu.
Nyuk Kim menambah, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan kepada media dari semasa ke semasa.
Lee menambah, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan kepada media dari semasa ke semasa.
Video dan foto insiden berkenaan kini turut tular di laman Facebook sejak jam 5 petang tadi.
Topic Berkaitan
#calon
#Keningau
#pemilihan PKR
#PKR
#Rafizi Ramli
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan