awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Rafizi tewaskan Azmin di Kuala Terengganu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/10/2018
14:36 MYT
Pemilihan PKR: Rafizi tewaskan Azmin di Kuala Terengganu
Rafizi (kiri) menang selepas memperolehi jumlah undi sebanyak 178 berbanding Mohamed Azmin (kanan) yang memperolehi 120 undi di Kuala Terengganu. - BERNAMA/Fail
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berjaya menewaskan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR bagi peringkat cabang Kuala Terengganu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Penyelaras Pemilihan PKR Terengganu, Amri Awang.
Rafizi diumumkan sebagai pemenang selepas memperolehi jumlah undi sebanyak 178 berbanding lawannya Mohamed Azmin yang memperolehi 120 undi dalam kiraan yang berlangsung pada Jumaat.
[KEMAS KINI] Pemilihan PKR: Rafizi dakwa menang di Terengganu, Kelantan
Dalam masa sama, Pengerusi PKR Negeri Azan Ismail berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang Kuala Terengganu.
Seramai 800,000 anggota PKR sedang mengundi pada pemilihan parti itu yang berlangsung dari 14 Sept lalu hingga 13 Okt depan.
Keputusan pemilihan diketahui mulai 14 Sept mengikut negeri yang mengundi dan keputusan penuh diketahui pada 13 Okt selepas semua negeri selesai menjalankan pengundian.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#pemilihan PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan