awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: "Saya penyandang, tak menentang sesiapa" - Azmin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/07/2018
14:12 MYT
Pemilihan PKR: "Saya penyandang, tak menentang sesiapa" - Azmin
Mohamed Azmin (kanan) berkata, ia adalah hak mana-mana ahli PKR untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti itu.
"Saya penyandang. Saya tidak bertanding menentang sesiapa."
Itu jawapan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada beliau akan menentang pencabarnya, Rafizi Ramli, bagi jawatan tersebut.
Ujarnya, menjadi hak kepada mana-mana ahli PKR untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti itu.
"Itu adalah hak ahli parti. Kalau saudara ahli PKR, saudara juga boleh menawarkan khidmat sebagai Timbalan Presiden," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut menafikan dakwaan yang kononnya terdapat kem di dalam PKR.
"Tidak ada kem. Itu cuma tanggapan mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Semua anggota parti adalah keluarga besar Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai cita-cita dan hasrat untuk memperkukuhkan parti," jelasnya.
Sementara itu, Mohamed Azmin masih berteka-teki sama ada akan kekal bertanding jawatannya kini atau jawatan lain menjelang penamaan calon Pemilihan PKR 5 Ogos ini.
Fokusnya kini adalah untuk memastikan calon PKR Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memang pada PRK tersebut.
Sebelum ini, Rafizi mengesahkan dirinya bakal mencabar Mohamed Azmin pada pemilihan kali ini.
Beliau turut mengumumkan pasukannya seperti Datuk Johari Abdul, Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh dan Akmal Nasir.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#pemilihan PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan