Pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung pada Perhimpunan Agung parti tahun depan ditangguh selama 18 bulan, umum Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.
Menurut Najib, selaku presiden parti, keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini
"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.
"Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya UMNO lebih mantap bagi menghadapi PRU akan datang.
"Zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga sama. Bukan UMNO tidak demokrasi dan mengamalkan keterbukaan, kita amalkan peluang untuk adakan pemilihan berdasarkan Perlembagaan UMNO," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat MT UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberikan khidmat lebih besar kepada parti.
Desas-desus penangguhan pemilihan parti mula tersebar di sistem pesanan WhatsApp selain dikatakan sudah mula dibincangkan oleh beberapa wakil UMNO bahagian.
Sebelum ini, veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun ini bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti, sekali gus perdana menteri sehingga PRU ke-14 atau sebaliknya.
Dalam pada itu, kata Najib, sedikit perubahan akan dibuat dalam kaedah pemilihan yang bakal digunakan.
"Kaedah pemilihan akan lebih mendalam dan sesuai; kita akan dapatkan pandangan semua peringkat," jelasnya.
Ketika ditanya mengapa pengumuman penangguhan selama 18 bulan itu diumum awal, ini kata Najib: "Bukan awal, kita tidak mahu ada perancangan luar untuk alih tumpuan; dah beri panduan kepada mereka, (ahli parti) tahu KPI yang akan dicapai.
"Jika tidak diputuskan sekarang, ramai yang akan buat andaian.
"Ada pendapat lain yang kita terima, tetapi kita tetap dengan semangat dan prinsip parti."
Dalam perkembangan berkaitan, Najib meminta semua pihak untuk bersabar dengan spekulasi rombakan Kabinet yang mungkin berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Tunggulah," jelasnya ringkas.
Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah
Fri Jun 26 2015
NAJIB: Keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.