awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin ikhlas boleh pulihkan UMNO

Bernama
Bernama
09/06/2018
09:34 MYT
Pemimpin ikhlas boleh pulihkan UMNO
Idris berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada bertanding bagi mengekalkan jawatan MT yang disandang sekarang ini atau jawatan lebih tinggi dalam parti.
Keikhlasan merupakan faktor utama yang perlu ada pada setiap pemimpin dan ahli UMNO sekiranya mahu melihat parti itu pulih kembali selain mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Idris Jusoh.
Oleh itu , katanya, ahli UMNO di semua peringkat perlu memilih pemimpin yang ikhlas untuk memimpin parti itu agar ia terus pulih dan gagah seperti dahulu, bukannya memilih pemimpin yang melompat parti dan diragui keikhlasannya untuk bersama parti.
"Perjuangan untuk agama dan bangsa memerlukan seseorang yang mempunyai semangat keikhlasan yang tulen... tanpa mempunyai sebarang agenda di sebalik perjuangannya itu.
"Pemimpin yang sentiasa ingin melompat parti dan pentingkan diri sepatutnya disingkir kerana mereka tidak diperlukan oleh UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada penduduk di kediamannya di Kampung Toh Has di sini, hari ini.
Mengenai pemilihan UMNO peringkat pusat, Idris berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada bertanding bagi mengekalkan jawatan MT yang disandang sekarang ini atau jawatan lebih tinggi dalam parti.
Bagaimanapun, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Besut akan bertanding di peringkat bahagian untuk membantu UMNO memulihkan peringkat akar umbi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda
#Ahli Majlis Tetringgi UMNO
#bangsa
#Besut
#Idris Jusoh
#keikhlasan
#majlis tertinggi
#majoriti
#pemilihan
#Pemilihan UMNO
#perjuangan
#rakyat
#sokongan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan