awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin PH bersatu lupakan permusuhan lama hingga menang PRU14

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
08/10/2018
16:30 MYT
Pemimpin PH bersatu lupakan permusuhan lama hingga menang PRU14
Pengerusi Pakatan Harapan itu prinsip sama turut dipegang olehnya dan apa lagi penting adalah menjatuhkan kerajaan terdahulu.
Pakatan Harapan tidak akan tertubuh jika terlalu mengambil kira permusuhan lama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya kesediaan calon Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin daripada parti pembangkang terdahulu melupakan permusuhan menjadi faktor kemenangan Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
“Kalau Anwar nak fikir apa terjadi pada dia, saya fikir kita tidak boleh bersatu.
“Begitu juga dengan Lim Guan Eng dan Mat Sabu, kalau nak ikutkan mereka pun pernah masuk dalam,” katanya dalam Ceramah Mega Anwar dan Mahathir di Waterfront Port Dickson.
Tambah Pengerusi Pakatan Harapan itu prinsip sama turut dipegang olehnya dan apa lagi penting adalah menjatuhkan kerajaan terdahulu .
“Kalau nak kira masa lalu, saya pun orang panggil saya macam-macam juga, maha firaun, diktator," katanya.
Ceramah Mega Mahathir - Anwar mencatat sejarah apabila Dr Mahathir dan Anwar kembali berkongsi pentas buat pertama kali selepas 20 tahun.
Ini juga merupakan kali pertama Dr Mahathir turun berkempen sebagai perdana menteri untuk ahli partinya.
Anwar akan berentap dengan enam calon lain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#calon
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Mat Sabu
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#PKR
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan