awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti

Bernama
Bernama
20/06/2020
23:30 MYT
Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
Keputusan dibuat sebagai tanda solidariti kepada bekas Ketua AMK Kalabakan Asis Bakri yang dipecat daripada PKR pada April lepas tanpa asas yang kukuh.
Seorang pemimpin PKR Cabang Kalabakan mendakwa kira-kira 2,000 ahli cabang itu termasuk ahli jawatankuasanya keluar parti pada Sabtu.
Timbalan Ketua cabang Mohd Jailani Chachu berkata mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.
Keputusan dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Kampung Kijang, Merotai dekat sini.
Mengulas lanjut, Mohd Jailani berkata keputusan itu juga sebagai tanda solidariti kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kalabakan Asis Bakri yang dipecat daripada PKR pada April lepas tanpa asas yang kukuh.
Sementara itu, Setiausaha cabang Samsir Bakri yang turut hadir berkata tindakan keluar parti tersebut tidak akan menghentikan tanggungjawab mereka menyantuni dan memperjuangkan nasib masyarakat.
Menurutnya, mereka akan bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta bekas pemimpin PKR lain yang berada dalam blok kerajaan Perikatan Nasional ketika ini.
"Sokongan tidak berbelah bagi juga kami nyatakan kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli jawatankuasa
#AMK
#Asis Bakri
#Azmin Ali
#hilang
#hilang kepercayaan
#Kalabakan
#keluar parti
#kerajaan
#Mohd Jailani Chachu
#Muhyiddin Yassin
#parti
#pecat
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#PKR
#sokong
#solidariti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan