awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
30/07/2017
10:08 MYT
Pemimpin UMNO jangan ikut perangai 'ketam dalam bakul' - TPM Zahid
TPM ZAHID: Pemimpin UMNO diingatkan agar mencontohi sikap semut yang menyantuni sesama mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin parti terbesar orang Melayu itu agar tidak mengikut perangai 'ketam dalam bakul' yang sanggup memijak rakan sendiri demi kepentingan diri.
Sebaliknya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihatkan pemimpin UMNO agar mencontohi sikap semut yang menyantuni sesama mereka.
Hujah Ahmad Zahid jika pemimpin UMNO menjadikan sikap 'ketam dalam bakul' sebagai tradisi, maka parti keramat itu akan musnah.
"Kita janganlah memiliki semangat macam ketam dalam bakul, sebab dia akan pijak memijaknya sesama sendiri hanya kerana mahu keluar daripada bakul. Itulah perangai kita. Jadi hentikan.
"Sebab kalau terpijak sesama sendiri dalam bakul, semua ketam akan mati dan tidak ada yang keluar meneruskan kehidupan. Jadi ikutlah perangai semut. Semut kalau berjalan dia teratur dan bila berjumpa di 'bersalaman', " katanya ketika berucap pada majlis penutupan Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya di Dewan Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya juga, Ahmad Zahid meminta pemimpin UMNO di Selangor supaya mesra teknologi seperti media sosial untuk mendekati pengundi bandar.
Katanya, pengundi di bandar lebih mudah diketuk minda dan jiwanya dengan media sosial berbanding menggunakan kaedah alam seperti kempen ketuk pintu rumah.
"Maknanya kalau kita mahu menang, kita kena guna media sosial dan teknologi yang baharu. Benar kita boleh ketuk pintu tapi masyarakat bandar tidak suka, kerana orang bandar ini suka diketuk menerusi komunikasi dalam talian.
"Kita harus keluar daripada kepompong lama. Pertemuan secara fizikal perlu, tapi perlu juga ada komunikasi tanpa lisan kerana realiti politik sudah berubah.
"Mengapa pembangkang boleh kuasai Selangor sebab mereka ikut perkembangan terkini, menerusi media sosial. Orang bandar ini mahu privasi, kalau kita tidak berubah juga, kita yang rebah, " katanya lagi.
Topic Berkaitan
#media sosial
#pembangkang
#politik
#TPM
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan