awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda Amanah desak pegawai Mat Sabu direhatkan dari tugas

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2018
20:52 MYT
Pemuda Amanah desak pegawai Mat Sabu direhatkan dari tugas
SHAZNI MUNIR: Amanah tidak wajar terpalit dengan mana-mana siasatan kes melibatkan SPRM.
Pemuda Amanah Nasional mendesak agar pegawai kanan menteri pertahanan yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya tetap tegas bahawa tiada kompromi terhadap sebarang masalah yang boleh menjejaskan integriti parti.
"Sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi nilai integriti, Pemuda Amanah melihat isu ini sebagai amat serius dan perlu pada tindakan segera," katanya dalam satu kenyataan.
Shazni Munir berkata Amanah tidak wajar terpalit dengan mana-mana siasatan kes melibatkan SPRM.
"Dengan seluruh maksud baik ini, Pemuda Amanah menggesa agar mana-mana anggota parti yang disiasat dengan terhormatnya 'take a leave of absence' atau dibuat satu ketetapan oleh parti untuk direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan.
"Amanah perlu tegar; bukan hanya bersikap amanah, tapi benar-benar dilihat amanah," katanya lagi.
Pada Selasa, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai kanan menteri pertahanan sedang disiasat SPRM ekoran dakwaan menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#Malaysia
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan