awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda PPBM Perlis beri gambaran lebih ramai sertai parti itu

Shafizan Johari
Shafizan Johari
13/05/2018
05:47 MYT
Pemuda PPBM Perlis beri gambaran lebih ramai sertai parti itu
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN Perlis memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN, lantas memboleh parti itu membentuk kerajaan. - Gambar fail
Sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perlis memberi gambaran bahawa lebih ramai pemimpin akar umbi dari parti UMNO bakal berpaling kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.
Ketua Penerangan Pemuda PPBM Perlis, Abdul Hannaan Khairy bagaimanapun berkata beliau kurang senang dengan situasi berkenaan kerana tindakan berkenaan dikhuatiri hanya diambil demi menyelamatkan kerjaya politik masing-masing dan bukan untuk memperjuangkan agenda pembaharuan yang diperjuangkan PH.
“Sudah ramai ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) kampung di Perlis menyatakan mahu menyertai PPBM kerana enggan bersama kerajaan pembangkang.
“Kalau dilihat dari satu sudut, saya fikir ini satu yang baik untuk parti, tetapi saya juga mempersoalkan sama ada mereka (yang bertindak menyertai PPBM) hanya untuk mengekalkan jawatan.
“Sekiranya ini benar, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan kami sebagai anak-anak muda dalam PPBM mahu memperjuangkan pemikiran baru yang memisahkan antara politik (kepartian) dan pentadbiran.
“Biarlah, kalau mereka mahu bersama PPBM, mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan agenda pembaharuan dan reformasi institusi yang mahu kami laksanakan untuk membersihkan Malaysia daripada sistem yang korup,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, sebagai negeri ditadbir pembangkang, BN Perlis seharusnya berani untuk mentadbir kerajaan, sebagaimana Pakatan Harapan berjaya mentadbir Pulau Pinang dan Selangor sejak 2008.
“Di sinilah BN Perlis boleh membuktikan mereka benar-benar berupaya mentadbir dan membangunkan Perlis dan biar rakyat nilai keupayaan mereka,” katanya lagi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN Perlis memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN, lantas memboleh parti itu membentuk kerajaan.
Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pada Sabtu mengusulkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail agar adiknya Datuk Ismail Kassim dilantik sebagai Menteri Besar.
Ismail merupakan ADUN Tambun Tulang.
Topic Berkaitan
#ADUN
#agenda
#Barisan Nasional
#kerajaan
#MalaysiaMemilih
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pemuda
#Perlis
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PPBM
#PRU14
#Raja Perlis
#Shahidan Kassim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan