awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu

Bernama
Bernama
24/07/2017
00:15 MYT
Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu
Pergerakan Pemuda Batu Sapi berpendirian teguh akan terus menyokong penuh kepimpinan Presiden UMNO. - Gambar fail
Usul Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi agar 50 peratus muka baharu diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti sejajar dengan pendirian pucuk pimpinan pergerakan itu.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata calon berkenaan tidak kira sama ada daripada Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita mahupun Pergerakan Puteri atau mereka yang dianggap boleh menang.
"Di peringkat kepimpinan Pemuda UMNO, kita telah membuat usul pada tahun lepas bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada muka baharu yang ingin diketengahkan adalah daripada Pergerakan Pemuda dan Puteri yang berusia 40 tahun ke bawah.
"Namun pada PRU ke-13 yang lalu, daripada 60 DUN, 25 Parlimen, Pemuda UMNO Sabah hanya mendapat satu kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di sini pada Ahad.
Jamawi menyerahkan kepada kebijaksanaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah Hafeez Yamani Musa untuk membawa calon yang berpotensi boleh menang pada PRU akan datang.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata pergerakan Pemuda bahagian itu berpendirian teguh akan terus menyokong penuh kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak untuk terus mengemudi parti dan negara.
Pada masa sama, katanya, pergerakan pemuda UMNO bahagian itu juga akan terus berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan.UMNO Sabah. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#Pemuda UMNO
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan