awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penentuan calon PM cabaran terbesar buat Pakatan Harapan - Penganalisis

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
31/12/2017
09:28 MYT
Penentuan calon PM cabaran terbesar buat Pakatan Harapan - Penganalisis
Penentuan calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) bakal menjadi cabaran terbesar buat gabungan pembangkang tersebut.
Penentuan calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menjadi cabaran terbesar buat gabungan pembangkang tersebut.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana mereka harus menetapkan sama ada mengekalkan konsensus sedia ada iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mempertimbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau Tun (Dr Mahathir) ingin menjadi Perdana Menteri, beliau bukan sahaja harus bertanding dalam PRU 14 tetapi memenangi kerusi yang ditandingi," kata beliau.
Selain Sivamurugan, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata cadangan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bergantung kepada penerimaan Anwar.
"Kalau Anwar tiada masalah dengan cadangan tersebut, saya rasa Pakatan Harapan boleh terima.
"Walau bagaimanapun yang penting bukan apa yang ditentukan PH tetapi adakah rakyat boleh terima Dr Mahathir semula sebagai Perdana Menteri?" soal Mohd Azizuddin.
Tambah beliau, antara golongan yang mungkin diragui sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu adalah golongan muda dan bukan Melayu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Mohd Azizuddin Mohd Sani
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PH
#PM
#PRU 14
#PRU14
#Sivamurugan Pandian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan