awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengagihan kerusi dilakukan ikut faktor kemenangan - Azmin Ali

Bernama
Bernama
19/12/2016
23:00 MYT
Pengagihan kerusi dilakukan ikut faktor kemenangan - Azmin Ali
AZMIN: Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan PPBM akan memberi keutamaan terhadap faktor kemenangan calon dan parti. - Astro AWANI / Shahir Omar
Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibuat dengan memberi keutamaan terhadap faktor kemenangan calon ataupun parti, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata perkara itu adalah selaras dengan perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara pakatan itu dan PPBM pada 13 Dis lepas bagi menjalin kerjasama politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Mana-mana parti yang mempunyai keupayaan untuk menang di sesuatu kawasan, kita akan berunding siapa patut diletakkan bagi mewakili kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pengangkutan awam sekali seminggu di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini pada Isnin.
Pada 13 Dis lepas, satu gabungan dibentuk antara PPBM dan tiga parti di bawah Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara, DAP dan PKR.
Menerusi gabungan itu, keempat-empat parti bersetuju memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional pada PRU14 bagi membentuk kerajaan.
Ditanya mengenai kesediaan PKR menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada PPBM, Mohamed Azmin berkata pihaknya sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang mengenai perkara itu.
"Ketika PKR dibentuk pada 1999, kita tiada sebarang kerusi dan hanya diberikan kerusi oleh DAP dan PAS. Justeru, kini giliran kita pula untuk mempertimbangkan isu itu dan bersikap terbuka," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#PPBM
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan