awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganti Azmin perlu sama kriteria

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2018
03:32 MYT
Pengganti Azmin perlu sama kriteria
Calon MB Selangor seharusnya menganjakkan prestasinya ke tahap lebih tinggi berbanding Azmin. Gambar fail
Pengganti Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu memiliki kriteria seperti beliau bagi menerajui negeri itu ke arah yang lebih baik.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, calon menteri besar baharu di Selangor seharusnya memahami aspirasi rakyat seperti yang dilakukan Mohamed Azmin.
“Apa yang pasti, mereka yang dipilih nanti seharusnya mempunyai ciri seperti Mohamed Azmin yang sentiasa berintegriti dan berwibawa tinggi dalam pentadbiran.
“Malah individu yang dipilih nanti seharusnya mempunyai ketajaman fikiran serta hubungan baik dengan sultan,” katanya.
Dalam pada itu, Jeniri berkata, calon menteri besar baharu di Selangor dilihat bakal berdepan cabaran dalam meneruskan usaha-usaha baik dan inisiatif peduli rakyat di negeri tersebut selepas ini.
Beliau berkata, kesinambungan itu penting namun calon tersebut seharusnya menganjakkan prestasinya ke tahap lebih tinggi berbanding Azmin selepas ini.
“Ini adalah untuk pastikan kewibawaan calon itu terpelihara dan nama baik Pakatan Harapan (Harapan) akan terus harum di mata rakyat untuk pastikan kemenangan mereka pada PRU15 nanti,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya yakin Harapan bakal meletakkan calon yang berkelayakan untuk menerajui negeri itu ke satu tahap yang lebih baik pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#calon
#Jeniri Amir
#kriteria
#Menteri Besar
#Mohamed Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#peduli rakyat
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan