awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
Pembedahan lutut: Sultan Ibrahim sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi mahukan IPR, bukan BR1M - Halimey

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/08/2018
06:28 MYT
Pengundi mahukan IPR, bukan BR1M - Halimey
Halimey (kanan) beramah mesra dengan orang awam sempena kempen politiknya di Seri Setia. - Astro AWANI
Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar berpendapat pengundi di kawasan itu mahukan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ia berikutan IPR disifatkan sebagai hasil program kerajaan negeri Selangor yang lebih baik berbanding BR1M yang dilancarkan kerajaan persekutuan sebelum ini.
"IPR lebih baik daripada BR1M. Wanita dapat keistimewaan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) melalui baucer RM200 setiap bulan. Kebanyakan yang dapat IPR ini adalah golongan wanita. Kad Peduli Sihat juga wanita yang paling ramai mohon. Hijrah Selangor juga mereka mendapat pinjaman perniagaan," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama di sini hari ini.
Katanya, suara hari pengundi Seri Setia itu dapat didengar sepanjang beliau melakukan kempen pilihan raya.
"Selama saya berkempen, mereka hanya mengatakan mengenai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Saya buat walkabout di Kelana Jaya pun sama, mereka pentingkan IPR, ada warga emas kata RM2,500 untuk mereka sudah cukup.
"Bagi dia, ini sudah cukup besar. BR1M ni dia kata tidak apalah, dia nak kelebihan duduk dalam negeri Selangor. Jadi saya sebagai calon, saya tumpukan kepada IPR untuk pengundi Seri Setia," jelasnya.
Berdasarkan rekod, 50.42 peratus daripada sejumlah 52,650 pengundi di DUN Seri Setia adalah terdiri daripada pengundi wanita.
Topic Berkaitan
#calon
#GERAKAN
#kerajaan
#Media
#Pakatan Harapan
#rakyat
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan