awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO

Bernama
Bernama
13/04/2015
23:21 MYT
Penjelasan isu semasa bukti PM tidak sembunyi apa-apa - Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim (gambar) menyifatkan perjumpaan itu sebagai langkah memperkukuhkan lagi semangat parti
Kesungguhan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menemui sayap parti dan memberi penjelasan mengenai isu semasa membuktikan tiada apa yang disembunyikan kepada rakyat.
Beberapa ketua pemuda UMNO negeri dan bahagian pada Isnin senada bahawa Perdana Menteri akan terus memberi penjelasan dan penerangan walaupun diasak dan dikritik pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim menyifatkan perjumpaan itu sebagai langkah memperkukuhkan lagi semangat parti ketika ini yang sedang mengharungi pelbagai cabaran hebat.
"Kita mendokong institusi parti, siapa pun presiden kepada parti UMNO kita sokong, biarpun Tun Mahathir. Beliau pernah menjawat jawatan presiden kita hormat pada dia.
"Tetapi pada waktu ini, kita mendokong institusi di mana Datuk Seri Najib menjadi presiden, oleh itu kita kena beri kepercayaan kepada Presiden sekarang untuk memimpin," kata Hahasrin.
Seramai 191 Ketua Pemuda UMNO Bahagian, 13 Ketua Pemuda UMNO Negeri dan 32 Exco Pemuda semalam hadir dalam perjumpaan bersama perdana menteri di sini.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Abu Bakar Sidekh Zainul Abdin berkata hasil penemuan itu telah menjawab segala persoalan yang telah dimainkan oleh sesetengah pihak baru-baru ini.
"Selepas perjumpaan hari ini saya nampak lebih jelas, lebih terperinci dan saya yakin dengan tampuk kepimpinan presiden sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Kamarol Salleh berkata Pemuda UMNO mesti terus menyokong pucuk pimpinan parti.
"Saya ingat kita kena balik kepada apa yang dimaklumkan oleh Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) bahawa kita menyokong presiden, kita hormat institusi, kita hormat presiden, supaya parti kita lebih kuat," katanya.
Topic Berkaitan
#Hahasrin Hashim
#Ketua Pemuda UMNO Johor
#Najib Tun Razak
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan