BUAT pengundi-pengundi di wilayah-wilayah Persekutuan, berikut senarai calon-calon di Parlimen anda.

Siapa bakal menerajui?

Realitinya, pilihan di tangan anda.


 Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat diumumkan sebagai calon mewakili PPBM diatas tiket PKR sekaligus mencabar penyandang Parlimen Putrajaya 3 penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

KEPUTUSAN PRU13





PRU-14 ini Pas Wilayah Persekutuan menampilkan semua muka baharu, kecuali di kerusi P119, yang mengekalkan calon lama, mencabar penyandang Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Srikandi PPBM, Rina Harun



Bekas Duta Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique kembali dinamakan sebagai calon BN di Setiawangsa, sekaligus menyaksikan penyandang, Datuk Ahmad Fauzi Zahari digugurkan

KEPUTUSAN PRU13


BN mempertaruhkan calon lama, Datuk Yew Teong Look menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah di kerusi P116 Wangsa Maju

KEPUTUSAN PRU13



Kerusi panas, P121 Lembah Pantai, menyaksikan Datuk Seri Raja Nong Chik sekali lagi bertaruh nasib di kerusi yang pernah dikuasi BN pada PRU-12 dahulu

KEPUTUSAN PRU13




Meskipun kalah dengan majoriti 13,284 undi, Datuk Dr. Dominic Lau sekalilagi dicalonkan di Parlimen Batu, mencabar penyandang, Tian Chua dan calon Pas, Azhar Yahya

KEPUTUSAN PRU13


Ketua Wanita MCA Bukit Bintang mempertaruhkan nasib di kerusi P120 mencabar penyandang Fong Kui Lun (DAP)

KEPUTUSAN PRU13

MCA meletakkan muka baharu, Ketua Wanita MCA Cheras, Heng Sinn Yee, mencabar penyandang, Tan Kok Wai (DAP)

KEPUTUSAN PRU13


Antara calon muda MCA, Chan Quinn Er, 31, mencabar Teresa Kok di kerusi P122 Seputeh

KEPUTUSAN PRU13


DAP meletakkan Lim Lip Eng di Kepong (P114) yang bakal bertaruh nasih dengan calon BN, Ong Siang Liang

KEPUTUSAN PRU13





Siapa yang bakal menjadi pilihan di Segambut? Selepas Loga Bala Mohan (BN), Hannah Yeoh (DAP) dan Mohd Solleh (Pas) deltakkan sebagai calon oleh parti masing-masing

KEPUTUSAN PRU13


Satu lagi kerusi panas dan kontroversi, P124 Bandar Tun Razak, meletakkan calon-calon muka baharu yang mungkin membawa perubahan di kawasan yang majoritinya Melayu.

KEPUTUSAN PRU13


BN meletakkan penyandang, Datuk Roszman Isli di kerusi P166  Labuan yang telah menerajui WP Labuan sejak dua penggal lepas

KEPUTUSAN PRU13