PILIHAN Raya Kecil (PRK) Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), PSM dan Bebas.
Pas yang bertanding pada ilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak bertanding kerana memberi laluan kepada calon BN.
Kempen PRK Semenyih dilihat berjalan lancar sejak hari penamaan calon pada 16 Februari lalu.
Pelbagai janji dan harapan diberikan kepada pengundi Semenyih oleh calon-calon yang bertanding dalam usaha meraih undi untuk memastikan kemenangan masing-masing.
Calon PH, selaku calon mewakili parti memerintah, berjanji akan membangunkan kawasan Semenyih, termasuk membina sebuah hospital sekiranya menang.
Di samping itu, kerajaan pusat PH juga mengumumkan untuk membayar RM100 sebagai bantuan sara hidup kepada warga bujang dan RM100 kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.
Manakala, calon PSM mengecam kerajaan PH yang dianggapnya sombong kerana enggan mendengar suara rakyat.
Calon bebas pula lebih memberi tumpuan kepada slogan ‘kebajikan orang tua dan miskin tanpa mengira kaum'.
Sampaikan isyarat
Di sebalik itu, calon BN menyeru pengundi Semenyih menggunkan PRK kali ini untuk menyampaikan isyarat kepada kerajaan pusat bahawa rakyat kini tidak berpuas hati dengan kerajaan PH yang bukan sahaja gagal menepati janji-janji yang diberikan kepada mereka pada PRU14.
Selain itu, calon BN turut menekankan bagaimana rakyat telah terperdaya dengan janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan PH.
Walaupun pelbagai janji diberikan oleh calon PH dan kerajaan PH ketika ini untuk melahirkan persepsi feel good terhadap kerajaan PH, reaksi rakyat khususnya pengundi Semenyih didapati bersikap negatif terhadap pengumuman-pengumuman tersebut.
Mereka menganggapnya sebagai sogokan untuk memancing undi. Misalnya cadangan kerajaan PH untuk mengapuskan tol di beberapa lebuh raya (LDP, SPRINT, KESAS dan SMART), tidak termasuk Lebuh Raya PLUS pada waktu bukan puncak (11 malam sehingga 5 pagi) menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.
Malah cadangan kenakan kadar tol yang sama di samping dikenakan bayaran tambahan sebagai congestion charge pada waktu puncak untuk menganti semula kekurangan hasil kutipan tol dijangka menimbulkan bukan sahaja keresahan malah kemarahan di kalangan pengundi dan pengguna jalan raya.
Jadi, mekanisme baru kutipan tol ini dijangka menimbulkan ketidakpuasan back lash di kalangan pengguna jalan raya tol kerana langkah ini mengingatkan pengalaman mereka apabila kerajaan PH mengapuskan GST dan mengenakan semula cukai SST selepas menguasai Putrajaya.
Rakyat yang mengharapkan pengurangan harga barang dengan penghapusan GST, kecewa melihat harga barang tidak turun-turun dengan pengenalan semula SST tetapi semakin naik.
Sokongan Pas
Dalam pada itu, dakwaan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononya Pas tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih, yang tular di dalam media perdana termasuk media sosial pada awalnya dijangka merosakkan sokongan ahli Pas kepada calon BN.
Namun, tindakan pantas kepimpinan Pas Pusat dalam menyangkal dakwaan Dr Mahathir didapati telah mengurangkan kerosakan yang dijangka disebabkan dakwaan berkenaan kepada vote bank untuk calon BN.
Malah kepimpinan Pas Pusat dan jentera Pas Selangor yang bersemangat turun padang meraih sokongan untuk calon BN bukan sahaja mematahkan dan menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan Dr Mahathir malah memantapkan hubungan antara Pas dan BN.
Dalam pada itu, pada PRU14, calon PH daripada Bersatu, pimpinan Dr Mahathir memperoleh 23,428 undi, menewaskan calon BN, Pas dan PSM dalam persaingan empat penjuru.
Tetapi, perlu diingat, calon PH pada waktu itu menang di atas simbol PKR dan bukan simbol PH.
Meskipun calon PH menang dengan majoriti yang agak besar iaitu 8,964 undi, kemenangan calon PH pada PRU14 adalah disebabkan oleh sokongan hebat pengundi bukan Melayu terutamanya Cina dan India dan sebahagian 30 peratus pengundi Melayu.
Namun, komen dan ulasan-ulasan orang Melayu terhadap PH dalam media sosial akhir-akhir ini menunjukkan pemikiran orang Melayu kini berubah malah terganggu kerana mereka beranggapan kuasa politik mereka yang diwaris sejak merdeka kian merosot.
Calon BN pula dijangka mendapat sokongan jitu daripada ahli dan penyokong tegar Pas di Semenyih yang dianggarkan lebih kurang 6,000 pengundi.
Jadi, meskipun pada awalnya ramai beranggapan bahawa pengundi Melayu, selaku komposisi terbesar dalam DUN Semenyih, mampu menentukan keputusan PRK ini, pergolakan dan pencaturan politik terkini, terutamanya di antara PKR dan Bersatu dijangka mempengaruhi pola pengundian di kalangan pengundi Melayu.
Apapun, perkembangan baru politik nasional, terutamanya perubahan mind set sebahagian besar pengundi Melayu terhadap kerajaan PH, peralihan sokongan sebahagian besar pengundi India daripada PH kepada BN, kekurangan penglibatan pemimpin dan jentera DAP, parti komponan utama PH, dalam kempen menyokong calon PH, jelas menunjukkan PH sukar mempertahankan kerusi Semenyih kali ini.
Sebaliknya, peluang bagi calon BN merampas kerusi Semenyih semakin hari kini semakin adalah cerah.
*Datuk M.Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Feb 25 2019
PERIASAMY: Ulasan-ulasan orang Melayu terhadap PH dalam media sosial akhir-akhir ini menunjukkan pemikiran orang Melayu kini berubah malah terganggu kerana mereka beranggapan kuasa politik mereka yang diwaris sejak merdeka kian merosot. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).