awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung PPBM sah mengikut perlembagaan parti

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2018
09:29 MYT
Perhimpunan Agung PPBM sah mengikut perlembagaan parti
PPBM yang diadakan baru-baru ini dilaksanakan mengikut perlembagaan parti.
Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diadakan baru-baru ini dilaksanakan mengikut perlembagaan parti.
Menurut Setiausaha Agungnya Dr Shahruddin Md Salleh, PPBM tidak mengadakan persidangan cawangan kerana setakat ini belum ada satu cawangan pun yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"PPBM pada waktu ini masih dalam proses mendaftarkan cawangan-cawangan di seluruh negara," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Selain itu, Dr Shahruddin berkata persidangan di peringkat bahagian juga tidak diadakan kerana menurut tafsiran perlembagaan PPBM, persidangan bahagian hendaklah diadakan setelah bahagian-bahagian cukup tempoh setahun penubuhannya.
"Tarikh paling awal bahagian PPBM didaftarkan dengan mendapat Sijil Pendaftar Pertubuhan ialah pada 24 Julai 2017.
"Ini bermakna, bahagian PPBM yang paling awal didaftarkan akan genap tempoh setahun penubuhannya pada 24 Julai 2018. Selepas itu barulah boleh diadakan persidangan bahagian untuk memilih perwakilan ke Perhimpunan Agung," kata beliau.
Tambah Dr Shahruddin, Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sepatutnya boleh memperolehi fakta ini dengan mudah daripada pejabat Pendaftar Pertubuhan jika beliau membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
"Sebagai seorang Timbalan Menteri di sebuah kementerian yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pertubuhan, beliau sepatutnya bersikap lebih profesional.
"Ternampak jelas bahawa kenyataan beliau itu tidak bersasaskan fakta yang tepat, tetapi dibuat dengan bermotifkan politik," kata beliau.
Nur Jazlan sebelum ini menyatakan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang telah berlangsung pada 30 Dis tahun lepas tidak mengikut perlembagaan parti.
Ini kerana menurut beliau PPBM tidak mengadakan persidangan di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu sebelum Perhimpunan Agung diadakan.
Topic Berkaitan
#agm
#Dr Shahruddin Md Salleh
#Nur Jazlan Mohamed
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#perhimpunan
#perhimpunan agung
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan