Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 27 September ini

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 27 September ini
MPT turut menetapkan tarikh baharu persidangan bahagian pada 22 Ogos. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan parti itu akan diadakan pada 27 September ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mesyuarat turut menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan bagi Armada dan Serikandi pada 26 September.
"MPT telah menetapkan takwim baharu bagi urusan persidangan cawangan atau bahagian dan Perhimpunan Agung Tahunan yang ditangguhkan selaras dengan notis larangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara akibat pandemik COVID-19.

"Bagi cawangan-cawangan yang belum bersidang (tertangguh), persidangan akan bersambung semula dari 10 Julai hingga 26 Julai," katanya.
Menurut Hamzah, MPT turut menetapkan tarikh baharu persidangan bahagian pada 22 Ogos.

"Persidangan Armada Bahagian dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos manakala 16 Ogos merupakan Persidangan Srikandi Bahagian.

"Bagi pihak pimpinan tertinggi parti, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli Bersatu. Semoga persidangan dan perhimpunan yang dijadualkan berlangsung dengan lancar dan mendapat keberkatan Allah," katanya.

-- BERNAMA


Tag: perhimpunan, agung, bersatu, 27 september, hamzah, Hamzah Zainuddin, tarikh, pkp, covid-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.