Perjuangan UMNO disifatkan masih jauh walaupun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu sejak 60 tahun yang lalu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pada awal kemerdekaan negara, UMNO berjaya menyatupadukan orang Melayu untuk menumbangkan gagasan Malayan Union tajaan British.
"Orang Melayu tetap menaruh harapan tinggi terhadap UMNO kerana menyedari tidak ada mana-mana parti politik yang mampu membela nasib mereka.
"Walaupun selepas UMNO tumbuh banyak parti politik berteraskan perjuangan Melayu, tetapi terkandas di pertengahan jalan.
"Asas penubuhan UMNO adalah untuk kepentingan seluruh umat Melayu di samping tetap menghormati hak kaum lain," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Katanya, UMNO mampu bertahan selama ini kerana teras perjuangannya adalah kerana kepentingan orang Melayu dan bukannya menjuruskan kepada kumpulan tertentu.
"Perjuangannya berteraskan kepentingan bangsa Melayu, bukan menjuruskan kepada kepentingan puak atau individu tertentu.
"Dalam masa yang sama, orang Melayu pula memerlukan UMNO sebagai parti politik yang diyakini dapat memperjuang dan mempertahankan hak dan masa depan mereka.
"Malah, UMNO telah terbukti berjaya meletakkan syariat agama Islam di tempat tertinggi sepertimana telah termaktub dalam perlembagaan negara," jelasnya.
Tegasnya, ia merupakan perjuangan sejati UMNO, demi Melayu dan demi umat Islam selain akan terus bergerak sebagai sebuah jemaah politik yang mempunyai asas perjuangan.
"Oleh sebab itu, mana-mana parti politik yang matlamat penubuhannya hanya untuk menerus dan menjaga kepentingan kumpulan tertentu tidak akan mendapat sokongan rakyat.
"Mungkin ada daripadanya mampu bertahan dan boleh menguasai satu dua negeri, tetapi untuk membentuk kerajaan persekutuan ianya terlalu sukar," tegasnya.
Bagaimanapun katanya, kehadiran parti politik selain UMNO sedikit-sebanyak turut mewarnai senario politik negara sejajar dengan tuntutan sistem demokrasi berparlimen.
"Sekurang-kurangnya membuka ruang dan banyak pilihan kepada rakyat untuk membuat pilihan, tetapi keutamaan pilihan mereka tetap berpihak kepada UMNO.
"Jangka masa lebih 60 tahun kewujudan dan kejayaan UMNO di persada politik tanahair merupakan satu sejarah.
"Jangka masa itu membuktikan UMNO kekal relevan, tetapi perlu diingat bahawa perjuangannya masih jauh dan perlukan pengorbanan," ujarnya.
Tambahnya, senario politik masa kini memperlihatkan kemantapan UMNO gandingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semakin terserlah.
Katanya, ada sesetengah pihak memandang sinis pada awal perlantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjalankan tugas selaku Timbalan Presiden UMNO bagi membantu jentera pentadbiran Najib.
"Kini terbukti, gandingan Najib dan Ahmad Zahid semakin mantap yang akan membawa UMNO memasuki fasa baru dalam arah perjuangan membela masa depan orang Melayu.
"Gandingan Najib dengan Ahmad Zahid mampu memacu pembangunan negara ke arah yang lebih cemerlang di samping turut memperkasakan perjuangan UMNO sebagai parti teras bangsa Melayu," tegasnya.
Syed Ali menjelaskan, kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO juga perlu diberi sokongan padu di setiap peringkat.
"Sokongan itu penting bagi memastikan UMNO bertahan kukuh bagi menghadapai PRU ke-14 dengan penentangan sengit yang bakal berlaku.
"Sebagai ahli UMNO, kita perlu berusaha gigih menguatkan parti di samping bertanggungjawab mempertahankan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti," tegasnya.
Astro Awani
Tue Aug 30 2016
SYED ALI: 'Perjuangan UMNO bantu Melayu masih jauh' - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.